Pentagon larang penggunaan perisian geolokasi

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Pentagon melarang kakitangan yang dihantar bertugas ke lokasi tertentu daripada menggunakan paparan geolokasi di telefon pintar, pengesan kecergasan dan peranti lain kerana ia mungkin mendatangkan risiko keselamatan dengan mendedahkan lokasi mereka.


Januari lalu, seorang penyelidik Australia menganalisis data dihantar Strava, sebuah aplikasi pengesan kecergasan yang telah mendedahkan lokasi tentera AS di Syria dan Iraq.


Pentagon mendedahkan secara terbuka satu memorandum dikeluarkan Jumaat lalu yang berkata, keupayaan geolokasi itu memberi satu ‘risiko ketara.’


“Keupayaan geolokasi ini boleh mendedahkan maklumat peribadi, lokasi, rutin dan jumlah kakitangan jabatan serta berpotensi mencetuskan kesan keselamatan tidak dijangka selain meningkatkan risiko kepada pasukan bersama dan misi,” katanya.


Menurut morandum itu, kakitangan Jabatan Pertahanan dilarang meggunakan ‘paparan geolokasi dan fungsi dalam peranti dikeluarkan kerajaan dan bukan kerajaan, aplikasi dan perkhidmatan ketika berada di lokasi dianggap sebagai kawasan operasi.’


Larangan berkenaan berkuat kuasa serta merta. -Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]