Umno banyak bantu orang muda

in Politik by


SHAH ALAM – Umno banyak memberi faedah kepada orang muda sepanjang memerintah negara ini.


Exco Pemuda Umno, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata ini termasuk bantuan perumahan yang membolehkan anak muda memiliki aset pada harga yang rendah.


“Dari segi ekonomi, Umno jaga orang-orang muda. Zaman Umno-BN banyak faedah kita beri kepada orang muda walaupun dah ada rumah PR1MA, kakitangan kerajaan tapi kementerian perumahan buat untuk orang muda.


“Rumah untuk orang muda harga RM150,000, kerajaan beri subsidi RM130,000 tapi anak muda bayar RM30,000 sahaja,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar ke-68 Malaysia Baharu : Di Mana Melayu?, hari ini.


Dalam pada itu, Azril berkata meskipun Umno berubah namun teras yang dipegang sejak awal penubuhannya tidak sesekali boleh diubah.


“Melayu memang tak kan hilang di dunia. Kita masih relevan. Kita boleh berubah walaupun kita melihat Malaysia baharu dipimpin oleh PH sekarang.


“Tapi jangan mengubah apa yang dikatakan teras kita iaitu Perlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu.


“Kalau kita tak ubah Perlembagaan, insya-ALLAH kita akan jadi Malaysia yang maju,” katanya.


Beliau sempat melahirkan harapan agar semua tidak mengambil remeh soal sensitiviti agama dan perlu saling menghormati agama yang ada di negara ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]