Zahid nafi miliki aset RM230 juta

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah dakwaan kononnya beliau memiliki aset RM230 juta pada 1996.


Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu menyifatkan dakwaan mengenai kekayaan luar biasa yang dimilikinya itu sebagai dakwaan daripada  mereka yang berfikiran kotor.


Jelasnya, ketika itu (1996) beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno dan ahli Parlimen sahaja.


“Ketika itu saya terlibat di dalam pengendalian dalam empat syarikat tersenarai dan saya juga adalah pemegang-pemegang saham minoriti di dalam syarikat-syarikat yang tersenarai itu.


“Saya juga menjadi CEO kepada salah sebuah syarikat itu, juga menjadi pengerusi beberapa syarikat lain. Tentunya aset itu dalam bentuk saham dan saham itu tak diperolehi dalam bentuk percuma. Ianya melibatkan pinjaman,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.


Ahmad Zahid berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong bahawa tiada bukti yang menunjukkan ahli Parlimen Bagan Datuk mempunyai aset RM230 juta.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti Zahid ada RM230 juta ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM230j : Ahmad Zahid sedia disiasat SPRM ]


Pada Ogos 2017  lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.


Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]