Zambry alu-alukan laporan audit

in Nasional by


IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengalu-alukan Laporan Ketua Audit Negara mengenai kegagalan projek marina di Pulau Mentagor, Lumut.


Katanya, kerajaan negeri terdahulu sudahpun berkali-kali membangkitkan masalah itu.


Menurutnya, sebelum ini pelbagai cadangan dikemukakan kepada pihak kementerian ketika itu bagi menyelesaikan masalah marina tersebut.


“Kita cadangkan supaya projek ini kalau tak boleh diselesaikan di peringkat Pusat untuk dikendalikan, serahkan kepada kerajaan negeri, tetapi rayuan dan permohonan kerajaan negeri terdahulu langsung tidak dilayan.


“Apabila laporan audit keluar menarik juga kita lihat projek ini daripada siapa pada waktu itu,” katanya ketika sidang media sempena Sidang Dun, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan audit berhubung pembaziran dana awam bagi pembinaan marina tersebut.


Dalam Laporan Ketua Audit Negara, mendedahkan berlaku pembaziran wang awam berjumlah RM61.55 juta apabila dua marina yang dibina kerajaan sebelum ini tidak beroperasi setelah siap dibina dan tidak pernah dikunjungi pelayar.


Menurut laporan itu, marina Kuala Kedah tidak pernah beroperasi sejak siap dibina pada 2003 manakala marina Pulau Mentagor di Perak tidak mencatatkan sebarang kemasukan kapal layar sejak mula beroperasi pada 2010.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]