
BAITULMAQDIS – PALESTIN. Dua pejuang pergerakan Hamas dilaporkan terkorban dalam serangan dilakukan Israel, semalam.
Sayap senjata kumpulan Islam itu, Briged Ezzedine al-Qassam, mengesahkan dalam satu kenyataan, lelaki yang maut adalah pejuangnya, Ahmed Murjan dan Abdel-Hafez al-Silawi.
Sementara itu, Zionis berkata, serangan itu adalah tindak balas selepas tembakan dilepaskan ke arah anggotanya dari pos Hamas di utara Semenanjung Gaza, berhampiran sempadan dengan Israel. – Press TV
Source: SH Global
[featured-video-plus]