Guna saluran undang-undang jika Dewan Negara tak lulus

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan PH akan menggunakan saluran perundangan sekiranya Rang Undang-Undang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2018 tidak lulus di peringkat Dewan Negara.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana terdapat kesan-kesan tertentu apabila melibatkan dasar kewangan.


“Sudah tentu ada beberapa jalan keluar yang diteliti Kementerian Kewangan termasuk mendapatkan nasihat perundangan kerana ada implikasi tertentu apabila melibatkan rang undang-undang kewangan (money bill).


“Beberapa perkara harus kita teliti apabila dikemukakan di Dewan Negara dan sekiranya berdepan kemungkinan tidak diluluskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: SST, 1MDB jadi tumpuan Dewan Rakyat ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Nilai had jualan tahunan naik RM500,000 di bawah SST ]


Sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 di peringkat dasar setelah usul itu dibahaskan hari ini.


Terdahulu, usul itu telah dibentangkan dan dibaca buat kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Bagaimanapun, bagi seksyen cukai perkhidmatan masih dibahaskan dan belum ada keputusan berkenaan keseluruhan SST.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]