HFMD: SK Felda Kota Gelanggi 1 ambil langkah berjaga-jaga

in Edisi Pahang by


JERANTUT – Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 turut mengambil langkah berjaga-jaga berikutan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) melanda di negara ini.


Usaha tersebut dilakukan dengan pemeriksaan terhadap 340 murid sekolah itu, baru-baru ini.


Guru Besar, W. Shamsulbahari Mamat berkata, ia langkah awal yang dilaksanakan bagi mengelak penularan HFMD di sekolah tersebut.


“Kami menjemput pihak Pejabat Kesihatan daerah untuk membuat pemeriksaan tanda-tanda penyakit berkenaan terhadap murid.


“Langkah pencegahan awal ini dilakukan kerana bimbang ada murid telah terkena jangkitan namun tidak diketahui ibu bapa mereka,” katanya.


Menurutnya, doktor jemputan iaitu Burhanudin Helmi terlebih dahulu memberi penerangan terperinci mengenai HFMD kepada murid.


“Maklumat mengenai penyakit ini juga telah disebarkan melalui media sosial rasmi sekolah bagi mem¬≠bolehkan ibu bapa mendapat maklumat betul,” ujarnya.


“Saya difahamkan doktor itu juga telah mengarahkan beberapa orang murid yang mengidap penyakit kulit untuk mendapatkan rawatan serta mengambil ubat di klinik kesihatan terdekat bagi mengelak ia merebak,” jelasnya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]