Jimat sehingga RM7,300!

in Bisnes by


SEMPENA sambutan Hari Merdeka dan bulan terakhir cukai GST pada kadar sifar peratus, Go Auto Sales Sdn Bhd (Haval Malaysia) kini mengadakan promosi ‘Freedom From GST’ ke atas semua model Haval.


Promosi yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini menawarkan penjimatan sehingga RM6,600 meliputi GST tanpa had dan rebat bermula dari RM500 sehingga RM1,500.


Pelanggan juga boleh dapatkan penjimatan sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 bagi Haval 2.


Selain promosi semasa, Haval Malaysia juga akan menganjurkan pameran bergerak Haval, di The Curve Shopping Mall, Petaling Jaya bermula 9 Ogos sehingga 12 Ogos sebagai sebahagian Kempen Reimagine yang sedang berjalan awal tahun ini.


Menurut Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Ogos ini menjadi bulan akhir bagi para pelanggan menikmati CBP tanpa nilai sebelum pengenalan cukai SST.


“Go Auto mengambil kesempatan dengan menambah keterujaan ketiadaan cukai GST dengan penawaran promosi  sedia ada.


“Justeru, kami berharap dapat terus memberikan peluang kepada rakyat Malaysia memiliki SUV pada harga yang kompetitif,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]