Kecewa pembinaan 3 masjid tak diteruskan

in Edisi Johor by


PENGERANG – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak meneruskan pembinaan tiga buah masjid di kawasan berkenaan.


Menurutnya, beliau selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan berasa sedih dengan keputusan yang dibuat kerajaan hari ini.


Katanya, penduduk setempat khususnya kawasan di mana masjid baharu patut dibina iaitu di Felda Air Tawar 5, Felda Semenchu dan Taman Bayu Damai juga meluahkan hal yang sama.


“Kerajaan boleh sahaja untuk mempertimbangkan atau menghentikan projek-projek mega lain yang dibuat oleh kerajaan BN.  


“Namun peruntukan bagi pembinaan rumah ibadah khususnya masjid tidak harus dihentikan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, besar harapan kariah di sini untuk mendapat masjid baharu setelah beberapa usaha dilakukan.


“Ahli Jawatankuasa masjid telah melancarkan kutipan derma agar dapat turut sama menyumbang dalam pembinaan masjid baharu ini.


“Malah kerajaan dahulu juga telah meluluskan peruntukan dan pecah tanah bagi membina masjid yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.


Menurutnya, beliau berat hati untuk menyampaikan berita berkenaan kepada khariah setempat sebaik menerima jawapan daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Jusetru itu, beliau berharap kerajaan mempertimbangkan semula pembinaan masjid berkenaan demi agama Islam.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]