Maszlee sindir kaki ponteng mesyuarat Kabinet?

in Nasional by


JEPUN – Meskipun sibuk dengan lawatan kerja ke Jepun, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sempat memuat naik status melucukan di laman sosial Instagram miliknya.


Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memuat naik gambarnya memakai topeng Yoda, watak popular dalam filem Star Wars dan berdiri sebelah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mamakai topeng Chewbacca (watak filem Star Wars).


Malah, beliau turut menggambarkan dirinya sebagai Yoda dan di sebelahnya, Dr Mahathir pula ‘melakonkan’ watak Chewbacca.


Yoda (Maszlee): Buat. Atau tidak buat. Tiada cuba-cuba.


Chewbacca (Dr Mahathir): RAWRGWAWGGR (Jangan lupa datang mesyuarat Kabinet)


Yoda (Maszlee): Sigh… (mengeluh)


Dalam status itu, Maszlee sebenarnya berkongsi pengalamannya melawat Tech Park Kids di Jepun, program teknologi yang dijalankan selepas waktu persekolahan untuk membantu kanak-kanak membina robotik, pembuatan filem, seni dan kraftangan.


Meskipun catatannya dalam laman sosialnya itu agak ringkas, namun seramai hampir 3,000 netizens menyukai catatannya itu.


Adakah postingnya itu sindiran kepada semua wakil rakyat atau adakah ia dituju kepada mereka yang selalu ponteng mesyuarat Kabinet?


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]