Maybank diiktiraf tempat kerja terbaik 2018

in Bisnes by


MAYBANK Banking Bhd diiktiraf sebagai Majikan Pilihan Graduan dan Majikan Paling Menarik Randstad bagi perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia.


Menurut Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Nora Abdul Manaf, pengiktirafan ini didedikasikan kepada 43,000 kakitangan Maybank yang telah memainkan peranan aktif dalam mewujudkan budaya kerja yang berteladan seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan Maybank sebagai tempat kerja terbaik untuk membina kerjaya.


“Kami sangat gembira untuk menerima satu lagi set anugerah industri yang mengesahkan kepimpinan kami dalam bidang pengurusan bakat.


“Penyumbang utama bagi kedua-dua kemenangan besar ini adalah kerana inisiatif berterusan Maybank seperti ‘Future Ready’ atau ‘Persediaan untuk Masa Hadapan’, iaitu sebuah program kemahiran digital dan nilai saranan majikan (Employer Value Proposition, EVP) ‘GO Ahead’ Maybank yang menggalakkan para pekerja untuk menempuhi cabaran dan berusaha sehingga berjaya.


“Pasukan kepimpinan di Maybank amat komited untuk terus membentuk pekerja kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri ini,” katanya.


Menerusi komitmen ini, Maybank melabur sebanyak RM30 juta untuk program FutureReady pada tahun ini untuk menginsankan pembangunan pekerja serta membolehkan mereka memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan dalam dunia digital yang pantas berubah.


Kedua-dua pengiktirafan ini adalah bukti usaha berterusan Maybank dalam mewujudkan tempat kerja yang kolaboratif dan inklusif untuk para pekerjanya.


Tambah beliau, EVP ‘GO Ahead’ juga menjadi faktor utama dalam merealisasikan persekitaran kerja dan budaya yang kondusif untuk pekerja kami dan dicari oleh bakat dan pencari kerja di luar sana.


Graduan merupakan penerbitan terkemuka Malaysia yang memberi pelajar dan siswazah peringkat tinggi gambaran menyeluruh lanskap kerjaya di Malaysia manakala Randstad yang berpusat di Belanda, merupakan peneraju global dalam industri perkhidmatan sumber manusia dengan kehadiran pasaran kukuh di rantau Asia Pasifik serta mempunyai pejabat-pejabat di Singapura, Hong Kong, China, Jepun, India, Australia, New Zealand dan Malaysia.Kami sangat gembira untuk menerima satu lagi set anugerah industri yang mengesahkan kepimpinan kami .”


– Nora


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]