MP Pasir Mas beri harapan kepada PH

in Politik by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (Pas – Pasir Mas) Ahmad Fadhli Shaari menaruh harapan agar PH terus memartabatkan Islam di negara ini.


Jelasnya, harapan ini didasari dengan semangat pimpinan PH yang berjanji untuk terus memperkasakan Islam dalam agenda pembangunan mereka.


“Saya memberikan harapan kepada PH kerana saya nampak menteri-menteri mereka ada usaha memartabatkan syariah seperti mana yang disebut oleh Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam isu kod etika pemakaian pramugari paling tidak hujung tahun ini.


“Maknanya dari sudut jaminan ada tetapi melihat rekod hari ini nampaknya golongan nak cabar agama ini semakin berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian.


Mengulas lanjut dalam isu memartabatkan Islam ini, beliau berkata


Pas akan terus menjadi golongan pendesak agar kepentingan Islam senantiasa dijaga.


“Bagi saya Pas akan membantu kerajaan dengan cara desakan,” katanya.


Hari ini, Nik Omar berharap agar masyarakat Islam di negara ini memberi peluang kepada kerajaan PH untuk melaksanakan agenda Islam.


Menurut anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, beliau yakin kerajaan PH sememangnya komited memelihara Islam di samping memberi kebebasan kepada agama lain untuk diamalkan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]