Mujahid ‘londeh’ Iksim dengan bukti audit

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan beliau  memfitnah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) susulan dakwaan peruntukan RM7.43 juta kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya.


Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, pendedahan dibuat berdasarkan hasil audit dalaman dibuat ke atas institut berkenaan.


“Saya tak akan dedahkan melainkan saya ada bukti.  


“Orang bila kita londeh seluar dia, tak kan dia nak mengaku. Terpulang kepada pihak berkuasa, saya bertanggungjawab dengan apa yang saya katakan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN:Dana Iksim RM7.4 juta hilang?]


Beliau diminta mengulas dakwaan Iksim yang menyifatkan pendedahannya mengenai perbelanjaan yang tidak dapat dikesan itu sebagai fitnah.  


Terdahulu, pada Isnin Mujahid ketika menggulung perbahasan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat mendedahkan sejumlah RM7.43 juta daripada RM7.6 juta perbelanjaan Iksim tidak dapat dikesan.


Mujahid berkata segala akaun dan aktiviti Iksim telah dibekukan serta merta.  


Pendedahan tersebut dibuat selepas audit dalaman mendapati terdapat prosedur kewangan yang meragukan dilakukan institut pemikir itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]