Pemilihan PKR: Proses bantahan dan rayuan bermula hari ini

in Politik by


PETALING JAYA – Proses bantahan dan rayuan calon di semua peringkat yang bertanding dalam semua peringkat Pemilihan PKR akan bermula hari ini sehingga 16 Ogos nanti.


Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Ismail Yusop berkata, pihaknya telah mengumumkan senarai calon-calon yang layak bertanding bagi Pemilihan PKR bagi Majlis Pimpinan Pusat dan peringkat cabang-cabang di seluruh negara.


Menurutnya, proses pemilihan parti telah bermula pada bulan Julai lalu, bermula dengan proses penamaan calon.


“Proses penamaan calon di seluruh negara sudah selesai kecuali di Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Penamaan calon Sungai Kandis.


“Proses penamaan calon bermula pada hari ini kita buat pengumuman secara rasmi. Semua nama-nama itu akan dihantar ke semua negeri dan pihak negeri akan mula mempamerkan nama-nama yang terlibat bermula malam ini termasuk di semua cabang-cabang bagi proses bantahan dan rayuan,” katanya dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Keadilan, hari ini.


Ismail berkata, selepas tempoh itu, baru proses cabutan nombor dilakukan bagi membolehkan gambar dan nombor calon-calon yang layak bertanding tertera di skrin tablet.


Katanya, untuk majlis pimpinan pusat ditetapkan pada 19 September ini.


“Proses pengundian terpaksa dilakukan di peringkat cabang memandangkan jumlah keahlian mencecah 800,000 ahli.


“Manakala ada sesetengah cabang mempunyai keahlian mencecah  10,000 ahli dan kami terpaksa membuat persiapan yang sistematik dengan menyiapkan keperluan logistik yang mencukupi,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]