Penyokong Najib mahu jumpa Suhakam

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam bersama penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjumpa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.


Lokman berkata, keadaan berkenaan jelas bertentangan dengan senario semasa perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadapi tuduhan serta dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.


Menurutnya, pada ketika itu, lontaran laungan ‘Reformasi’ lebih kuat berbanding dengan apa yang berlaku semasa sidang media Peguam Negara selepas pendakwaan kes berkaitan Datu Seri Najib sebelum ini.


“Apa yang kami laungkan ialah kegagalan Peguam Negara dalam memberi sidang media dalam bahasa Melayu.  Itu yang berlaku, hari ini kami hadir, namun tidak dibenarkan masuk ke dalam,” katanya kepada pemberita, di sini, tadi.


Najib didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan medianya berkata, pertuduhan itu berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.


Semalam, Najib hadir di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, kira-kira jam 5 petang dan dirakam percakapan selama 45 minit bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.


Sebelum ini, pada 3 Julai lalu, ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah, keesokan harinya.


Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib akan didakwa esok bagi pengubahan wang haram SRC]


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib bermalam di lokap SPRM]


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]