Perak, Britain kembali perkukuh hubungan

in Nasional by


IPOH – Perak memperkukuhkan kembali hubungan dua hala bersama Britain dengan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan.


Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, sejak dua tahun lalu, pencapaian pelaburan negara itu ke Perak agak menurun.


“Saya dimaklumkan, antara faktor penurunan itu adalah disebabkan faktor politik, dengan pembinaan kerajaan baharu ini, kita nak mulakan semula kerjasama.


“Ramai rakyat negeri ini begitu sesuai dengan sistem pendidikan dari Britain, kemungkinan kita dapat menarik sekolah atau institusi pendidikan tinggi negara itu melabur ke Perak,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicky Treadell di Pejabat Menteri Besar, hari ini.


Hadir sama, Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Ahmad Faizal berkata, pertemuan selama satu jam itu turut membincangkan kemungkinan untuk mewujudkan bandar berkembar dengan salah satu bandar di United Kingdom.


“Kita bukan hanya mahu melihat hubungan dua hala dengan kerajaan Britain tetapi juga pelaburan yang dibuat syarikat negara itu di Perak,” katanya.


Dalam perkembangan sama, Vicky Treadell menyambut baik jalinan kerjasama itu bersedia melihat peluang pelaburan baharu dalam sektor lain.


“Bukan hanya dalam pendidikan dan pembangunan modal insan, tetapi juga hubungan dagangan lain termasuk agenda ekonomi,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]