RM18 bilion hilang ketika zaman pentadbiran BN?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sejumlah RM18 bilion pengembalian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) didakwa telah hilang di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.


Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Kewangan,  Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, hari ini.


Menurutnya, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing.


“Setakat 31 Mei 2018, jumlah tertunggak (bayaran balik) sejak 2015 ialah RM19.4 bilion di mana


sejumlah RM9.2 bilion adalah dari 2018, RM6.8 bilion adalah dari 2017, RM2.8 bilion adalah dari 2016 dan baki RM600 juta adalah dari tahun 2015.


“Jumlah yang ditinggalkan dalam akaun ialah RM1.486 bilion sahaja,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 untuk bacaan kedua, di Dewan Rakyat hari ini.


Mengulas lanjut, beliau turut menekankan bahawa angka-angka ini telah disahkan selepas audit dalaman yang dijalankan oleh Jabatan Kastam.


“Ini bermakna kekurangannya ialah RM18 bilion,” katanya.


Katanya, pembayaran tertunggak adalah disebabkan oleh kelemahan aliran tunai kerajaan sebelum ini yang disebabkan oleh kekurangan disiplin fiskal, pembaziran tidak terkawal dan hutang yang besar.


“Ini adalah penyalahgunaan kewangan yang serius terutama apabila perbelanjaan digunakan untuk membiayai projek-projek kroni.


“Sejak GST diperkenalkan, wang itu adalah untuk menutup masalah yang berkaitan dengan skandal kewangan kerana rakyat tahu GST terhasil kerana 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]