Uque angkat sumpah sebagai Presiden baharu Colombia

in Global by


BOGOTA – Presiden baharu Colombia, Ivan Duque, mengangkat sumpah jawatan pada Selasa dan berikrar akan menyatukan negara serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu.


Pendatang baharu politik dari parti konservatif itu dipilih pada Jun selepas satu kempen pilihan raya yang menyaksikan beliau menyingkirkan lawannya dari parti berhaluan kiri, Gustavo Petro.


Dalam ucapan sulung beliau, bekas peguam itu berikrar untuk melakukan perubahan dalam menangani gejala rasuah dan memperkasa ekonomi.


Pemimpin itu turut berjanji untuk mengubah perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).


Duque, 42, merupakan Presiden Colombia paling muda pernah dilantik dan beliau telah dipilih sendiri sebagai pemimpin parti oleh pengasasnya, Alvaro Uribe Velez, yang juga presiden negara itu dari 2002 hingga 2010.


Uribe masih aktif dalam politik namun mengundurkan diri daripada senat pada Julai kerana berdepan siasatan kes rasuah dan penipuan di Mahkamah Agung.


Sementara itu, pasangan pencalonan Duque, Marta Lucía Ramirez, telah dilantik sebagai naib presiden wanita pertama Colombia. – Bernama

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]