Kementerian Luar rangka dasar lebih jelas, komprehensif

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kementerian Luar kini melaksanakan proses pemantapan kerangka baharu dasar luar negara yang lebih jelas dan tersusun, komprehensif serta tidak lagi bersifat  berperingkat atau sedikit demi sedikit (piecemeal).


Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian itu akan mengekalkan dasar luar sedia ada yang dilihat bersesuaian namun terdapat tumpuan dan hala tuju baharu serta penambahbaikan yang akan dilakukan.


“Dasar luar baharu akan memperkenalkan tiga elemen yang sebelum ini tidak dikemukakan dengan jelas oleh kerajaan terdahulu.


Dalam konteks umat Islam, kami akan menggunakan pendekatan Maqasid as-Syariah, yakni melihat matlamat syariah yang lebih tinggi, dari segi universal kami akan menggunakan pendekatan prinsip hak asasi manusia dan dari segi posisi, Malaysia akan lebih menjadi negara kuasa pertengahan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) berhubung tindakan dan peranan yang bakal dimainkan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik yang kian meruncing di Palestin, Timur Tengah dan Rohingya dan langkah jangka panjang untuk menangani kemasukan pelarian ke negara ini. – Bernama




 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]