
PEMBUKAAN outlet SACC Grocer by SKM dengan kerjasama PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di SACC Mall Shah Alam menawarkan harga amat berpatutan kepada warga Shah Alam khususnya bagi mendapatkan keperluan harian sejak pembukaannya pada 9 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pasar raya seluas 10,600 kaki persegi terletak di aras bawah SACC Mall Shah Alam ini menggantikan Pasaraya Giant sebelum ini.
Tambahnya, pasar raya ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke pusat membeli-belah milik PREC selain membantu merancakkan perkembangan ekonomi di bandar Shah Alam dan Selangor secara menyeluruh.
Sementara itu, Pengurus SACC Grocer by SKM, Azari Alias berkata, mereka sentiasa menawarkan barang mentah yang dijamin segar setiap hari.
“Barang mentah seperti 1kg ayam segar dijual pada harga RM6.99, sebiji lemon RM1, seekor ikan siakap RM6.99, seekor ikan bawal emas RM5.99, 1kg sotong putih RM12.90 dan sekeping daging lembu RM18.50 dan beberapa barang lain,” katanya.
SACC Grocer by SKM mula beroperasi jam 10.30 pagi sehingga 10 malam dan pelancaran secara rasmi dijangka September depan.
Source: SH Bisnes
[featured-video-plus]