Saya akui memang ramai yang benci: Haqiem Rusli

in Hiburan by
Haqiem Rusli

Saya akui memang ramai yang benci: Haqiem Rusli


SELEPAS terpalit dengan kontroversi demi kontroversi, penyanyi Haqiem Rusli mengakui dirinya kini sering menjadi sasaran kecaman dari netizen.


Malah kata Haqiem, ada segelintir daripada mereka yang seolah-olah sengaja mencari kesalahannya meski apa yang dilakukan itu hanyalah perkara kecil sahaja.


“Biasalah bila sekali kita buat silap, apa yang kita buat selepas itu juga akan dilihat sebagai negatif meskipun ia hanyalah perkara kecil.


“Kalau orang dah tak suka tu, macam-macam orang akan buat. Saya akui memang ramai yang benci saya sekarang ini.


“Tapi saya dah tak kisah dengan semua itu. Kalau nak kecam, kecamlah. Saya yang dapat pahala. Apa yang penting, saya tak kacau orang atau burukkan orang lain,” luah Haiqem ketika ditemui di Majlis Sidang Media Kempen terbaharu EraFM.


Menurut penyanyi Tergantung Sepi ini, di awal kontroversi berhubung isu depresi yan melanda dirinya, dia merasa takut untuk keluar rumah kerana bimbang berlaku sesuatu yang negatif ke atas dirinya.


Namun keadan sebaliknya berlaku apabila para peminatnya terus menyokong kerjaya seninya seperti biasa. Malah single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang juga mendapat sambutan yang hangat.


“Selepas dilanda kontroversi tentang isu depresi tu, saya sebenarnya rasa takut nak keluar rumah untuk buat show. Saya terfikir manalah tahu kalau ada yang nak baling telur atau atau ‘boo’ saya ketika membuat persembahan.


“Namun anggapan saya itu ternyata salah, apabila persembahan saya itu berjalan dengan lancar, malah ramai peminat yang hadir siap dengan sepanduk sebagai tanda sokongan mereka terhadap saya.


“Bagi saya kecaman-kecaman semua ini hanyalah berlaku di media sosial sahaja. Mereka hanya berani di situ sahaja. Bila berdepan tak ada pula berlaku apa-apa yang negatif sebagaimana yang diperkatakan,” kata Haqiem kepada Sinar Harian.


 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]