Strategi Pas ibarat kelapa muda

in Politik by


SHAH ALAM – Strategi Pas dalam menghadapi PRK Dun Seri Setia diibaratkan seperti kelapa muda khususnya dengan meletakkan Dr Halimah Ali sebagai calon untuk merampas kerusi berkenaan.


Pengarah Operasi PRK PH Dun Seri Setia, Yahya Sahri berkata, strategi Pas meletakkan Halimah jelas untuk mempertaruhkan pengalaman bekas Exco negeri itu, namun ia dilihat belum cukup untuk memberi keyakinan kepada pengundi di Seri Setia.


“Ibarat kelapa muda, ia sedap untuk diminum sahaja tapi tak boleh jadi santan atau lain-lain,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Sinar Live, semalam.


Menurut Yahya lagi, pengalaman dan pengaruh Halimah dalam PRK kali ini akan dipersoal setelah gagal memenangi kerusi Dun Selat Klang pada PRU14 yang lalu.


“Meletakkan Dr Halimah adalah satu keputusan yang silap sebab dia di Selat Klang pun kalah (pada PRU14). Maksudnya jika dia betul-betul berpengalaman dan berpengaruh, dia tidak akan kalah di tempat sendiri.


“Berbeza dengan PH, kenapa meletakkan Halimey sebagai calon? Faktornya kerana dia sendiri serta keluarga boleh undi sebagai anak tempatan, jadi dia nak seru pengundi lain untuk mengundi tidak salah.


“Hal ini berbeza dengan calon pihak lawan. Kalau dia nak suruh orang lain mengundi dia pun, tapi dia sendiri tidak boleh bantu pihaknya (dalam PRU lalu),” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]