
ATLET gusti Turkmenistan, Nazarov Rustem menjadi atlet pertama didapati melanggar peraturan anti doping dalam ujian pra pertandingan yang dijalankan pada 17 Ogos lepas bersempena Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Majlis Olimpik Asia (OCA) dalam satu kenyataan hari ini, berkata Rustem hilang kelayakan bersaing pada Sukan Asia ke-18 itu dan keputusannya semasa pertandingan yang diadakan pada 19 Ogos lepas dibatalkan.
“Sampel ujian air kencingnya menunjukkan terdapat furosemide yang merupakan bahan terlarang di bawah kategori S5, agen diuretik dan pelindung dalam senarai bahan terlarang 2018 yang dikeluarkan Agensi Anti-Doping Dunia (W),” menurut kenyataan itu.
Rustem beraksi dalam kelas bebas 57kg lelaki dan tersingkir di peringkat suku akhir.
Majlis Olimpik Turkmenistan dan Rustem sudah dimaklumkan secara rasmi berhubung perkara tersebut oleh Suruhanjaya Perubatan OCA. – Bernama
Source: SH Sukan
[featured-video-plus]