Banjir Kerala: Hospital sedia anti- venom

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Hospital di sekitar Kerala yang dilanda banjir teruk diarah menyediakan ubat anti-venom manakala mangsa diminta berwaspada dengan ular berbisa ketika air naik.


“Ular banyak dikesan di rumah yang dilanda banjir dan peringatan sudah diberi supaya mereka berhati-hati,” kata jurucakap kerajaan, Subhash TV, hari ini.


Arahan juga sudah diberi kepada pihak hospital bagi mengatur kemudahan untuk merawat mangsa yang dipatuk ular.


“Anti-venom dan ubat-ubatan lain perlu disimpan di semua hospital, terutamanya di kawasan yang terjejas akibat banjir,” tambahnya


Media tempatan melaporkan, beberapa hospital di kawasan dilanda banjir di utara dan tengah Kerala menerima peningkatan jumlah pesakit yang dipatuk ular. – AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]