Dayarena sasar beri khidmat pantas baiki kereta

in Bisnes by


BERBEKALKAN pengalaman terkumpul 10 mekaniknya, bengkel Dayarena Automative yang dirasmikan pembukaannya baru-baru ini yakin dapat memberikan perkhidmatan pantas penyenggaraan dan membaikpulih kereta kepada para pelanggannya.


Menurut Ketua Pegawai Operasi syarikat Dayarena Resourses Sdn Bhd, Mohd Amir K Baba, secara purata, para mekanik bengkel yang merupakan anak syarikatnya itu mempunyai pengalaman terkumpul antara 10 hingga 15 tahun menyenggara serta membaik pulih kereta keluaran barat dan Jepun yang diperoleh daripada bengkel-bengkel pakar jenama-jenama automatif terkemuka.


Amir menambah, selain mekanik berpengalaman, pertaruhan untuk menceburi bidang perbengkelan ini turut dibuat dengan menampilkan pasukan pentadbiran syarikat yang berpengalaman luas dalam pengurusan perniagaan bagi memastikan kelancaran operasi harian bengkel berkenaan.


Jelas beliau, kajian yang dibuat syarikat induk kepada bengkel berkenaan telah menunjukkan ketiga-tiga perkara tersebut merupakan tarikan utama kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan perbengkelan selain tawaran harga perkhidmatan yang kompetitif.


“PasaranĀ  industri perbengkelan amat luas dan kajian kami menunjukkan permintaan untuk kami mengadakan perkhidmatan ini amat besar.


“Ini adalah antara sebab mengapa kami menawarkan perkhidmatan untuk semua jenis model kereta yang terdapat di pasaran dan juga para mekanik yang mempunyai pengalaman meluas dalam industri automatif,” kata beliau kepada media selepas majlis perasmian Dayarena Automative pada Sabtu.


Menurut Amir, bengkel yang beroperasi di Taman Mastiara, Kuala Lumpur ini menyediakan lapan ‘bay’ membaiki kenderaan bagi dan mampu memberikan perkhidamatan kepada sehingga 10 buah kereta sehari bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diperlukan.


Sebagai permulaan, bengkel berkenaan akan operasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan akan dilanjutkan menjadi 24 jam dalam masa terdekat.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]