Diskaun sehingga 99 peratus!

in Bisnes by


DISKAUN sehingga 99 peratus ditawarkan Shopee 9.9 Super Shopping Day sehingga 9 September ini.


Promosi Super Day bermula dari 3 September sehingga 9 September, dengan kempen super setiap hari membawa kepada 9.9 Super Shopping Day.


Antara perlu direbut pelanggan ialah Super Voucher Day iaitu Rebut 9 baucar kategori yang berbeza pada 3 September dan Super Shopee Shake Day iaitu memenangi Shopee Coins dengan menyertai Permainan Video Shake Shopee di App Shopee yang mempunyai 9 sesi dalam masa sehari) pada 4 September.


Pelanggan juga boleh menikmati diskaun hebat ketika Super Shocking Sale Day- Upsized Shocking Sale selama 9 kali sehari, pada 5 September dan 9.9 Super Shopping Day! Pada 9 September.


Semua jenama dan penjual Shopee Mall mengambil bahagian dalam 9.9 Super Shopping Day dengan menyertai sembilan sesi Shopee Shake Game, Jualan Upsized Shocking sebanyak 9 kali dan jualan terbaik 9.9 iaitu diskaun lumayan untuk semua produk jualan yang tertinggi.


Kepada yang ingin menyertai Shopee Shake Game bagi menambahkan Shopee Coins boleh sertai dengan mengikuti jadual seperti berikut:


Pada 4 September dan 9 September slot permainan video akan bermula jam 12 tengah malam, 9 pagi, 11 pagi, 1 petang, 3 petang, 5 petang, 7 malam, 9 malam dan 11 malam.


Lain-lain hari hanya akan ada tiga slot sahaja iaitu bermula pada jam 9 pagi, 1 petang dan 9 malam.


Super Shocking Sale Day pula akan diadakan selama sembilan sesi bermula dari 12 tengah malam, 8 pagi, 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang, 4 petang, 6 petang, 8 malam dan 10 malam yang akan berlangsung pada 5 September dan 9 September sahaja.


Bagi hari-hari lain jualan akan bermula pada jam 9 pagi, 3 petang dan 9 malam.


Seterusnya, pada 3 September sehingga 8 September, Shopee mengadakan jualan lelong di Facebook yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.


Jangan ketinggalan kerana lebih banyak pembelian, lebih rendah harga produk.


Peluang keemasan untuk mendapat sembilan barangan pada harga RM9.90, pelanggan hanya perlu sertai live di laman Facebook Shopee pada 9 September ini pada jam 2 petang, 4 petang dan 6 petang.


Tidak ketinggalan untuk memenangi wang tunai RM2,000 dengan hanya menyertai Shopee Shark Challenge dengan memuat naik video tarian di Facebook dan Instagram serta selitkan hashtag #ShopeeSharkMY.


Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya yakin acara tahunan terbesar yang berjalan serentak di Asia Tenggara dan Taiwan itu dapat mengekalkan momentum sama yang dicapai pada tempoh sama tahun lalu.


Katanya, Shopee bekerjasama dengan lebih 10,000 penjual, 120 jenama dan 40 rakan korporat bagi menawarkan produk daripada pelbagai kategori.


“Shopee mempunyai 10 juta pengguna di Malaysia dan kami berharap dapat melonjakkan jumlahsama direkodkan kempen tahun lalu atau lebih lagi,” katanya selepas melancarkan Shopee 9.9 Super Shopping Day di ibu negara.


Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook dan Instagram dan hasgtag, Shopee #ShopeeMY99 #SuperShoppingDay #ShopeeSharkMY.




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]