Dua penaja tarik diri

in Sukan by


JOHOR BAHRU – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan dua syarikat menarik diri daripada meneruskan penajaan terhadap kelab pada musim hadapan.


Presidennya, Datuk Ismail Karim berkata, tindakan itu susulan kehadiran penyokong yang semakin merosot.


“Saya ingin memaklumkan kepada penyokong bahawa ini telah terjadi.


“Ia bermakna bajet peruntukan kita tahun hadapan telah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus jika¬† dibandingkan dengan tahun ini,” katanya seperti dipetik dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers, di sini, hari ini.


Oleh itu, beliau berkata, PBNJ mempunyai bajet yang kecil dan kurang berkemampuan untuk sebarang pelaburan di dalam dan luar padang pada tahun hadapan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]