ECRL: Ada perancangan disembunyikan?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Puteri Umno mempersoalkan tindakan tidak konsisten dan berdolak-dalih kerajaan PH berhubung projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).


Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, projek jangka panjang itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat bukan sahaja dalam bidang pengangkutan malah ia juga akan beri kesan ekonomi yang positif sepanjang jajaran.


“Kenapa pendirian perdana menteri tidak konsisten dan sering berubah-ubah? Adakah ada perancangan lain yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat?,” katanya menerusi Twitternya, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan ECRL, SSER belum muktamad]


Pada masa sama, beliau turut mempertahankan bahawa penduduk di Pantai Timur juga berhak menikmati kemajuan seperti di tempat lain.


“Kemajuan yang mereka impikan musnah begitu sahaja. Wang rakyat berbilion ringgit pula terpaksa dibazirkan untuk bayar pampasan akibat daripada tindakan zalim pembatalan ECRL


“Apa lagi yang boleh diharapkan dengan kerajaan Malaysia Baharu ini?” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]