Inisiatif menyejahterakan rakyat

in Bisnes by


MK Land Holdings Bhd (MK Land) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) untuk membina rumah mampu milik dan pembangunan bercampur di kawasan Simpang Pulai, Perak.


Pada majlis itu, MK Land diwakili Pengurus Besar Kanan Kumpulannya, Kamarulzaman  Abu Bakar manakala MB Inc. diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin dan disaksikan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu juga Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Bhd, Felina Mustapha Kamal.


Menerusi MoU ini, pembangunan berkenaan akan dilaksanakan di atas tanah seluas 90.4 hektar terletak di Mukim Teja dan Sungai Raya dan akan dibangunkan oleh sebuah syarikat usahasama di antara MB Inc, dan MK Land.


Felina berkata, kawasan itu akan dibangunkan sebagai  pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur berjumlah lebih kurang 2,200 unit merangkumi 1,100 unit rumah teres berserta unit kedai, cadangan sekolah juga  beberapa kemudahan awam lain seperti dewan orang ramai, taman permainan dan tempat ibadah.


“Bagi fasa pertama, anggaran 200 unit termasuk unit-unit rumah untuk kumpulan sasaran di bawah B40 yang pada umumnya berpendapatan bulanan kurang RM2,000 akan dibina.


“Pembangunan fasa pertama ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sementara pembangunan 200 unit yang berbaki akan dibina setiap tahun mengikut sambutan pembeli.


“Baki keluasan tanah pula akan dimajukan sebagai pembangunan bercampur mengikut permintaan pasaran yang mana ia bertujuan untuk subsidi silang pembinaan rumah mampu milik tersebut. Dianggarkan 11,000 penduduk akan mendiami kawasan ini,” katanya.


Tambahnya, berpengalaman lebih 35 tahun dalam industri hartanah serta kejayaan dicapai menerusi pembinaan rumah mampu milik di Perak dan Selangor berjumlah 31,127 unit, MK Land yakin dapat melaksanakan skim perumahan ini di Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan dapat beri manfaat kepada rakyat Perak.Pembangunan ini akan dilaksanakan di tanah seluas 90.4 hektar terletak di Mukim Teja dan Sungai Raya.


Kawasan akan dibangunkan sebagai pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur berjumlah lebih kurang 2,200 unit merangkumi 1,100 unit rumah teres mampu milik berserta unit kedai, cadangan sekolah serta  di antara lain kemudahan awam seperti dewan orang ramai, taman permainan serta tempat ibadah.


Bagi fasa pertama anggaran 200 unit termasuk unit-unit rumah untuk kumpulan sasaran di bawah sasaran B40 dijangka siap dalam masa tiga tahun


Dianggarkan seramai 11,000 penduduk akan mendiami kawasan dibangunkan ini.         

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]