Kerajaan PH hanya tutup kelemahan tadbir negara

in Nasional by


PUTRAJAYA – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kerajaan PH cuba menutup kelemahan dan kegagalan mereka mentadbir negara dengan membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan terdahulu.


Lokman berkata, dakwaan demi dakwaan dibuat kerajaan PH dengan alasan mereka mewarisi sebuah kerajaan yang bermasalah adalah tidak benar dan tidak berasas.


Sebaliknya menurut Lokman, kerajaan yang ditinggalkan BN kepada PH mempunyai kedudukan ekonomi yang cukup baik.


“Malaysia ketika di bawah kerajaan BN mencatatkan kadar pertumbulan 5.3 peratus iaitu kedudukan ketiga terbaik dunia.  Rizab negara pula adalah


sebanyak 438 bilion.  Manakala lebihan akaun semasa mencatatkan sebanyak RM15 bilion tertinggii setakat ni.


“Peratus perbelanjaan negara pula hanya 12.5 peratus berbanding ketika pentadbiran Tun Mahathir sebelum ini sebanyak 21 hingga 30 peratus.


“Bagaimana mereka mengatakan kita tinggalkan kerajaan yang bermasalah. Ini tidak boleh diterima akal sama sekali,” katanya ketika dihubungi Sinar


Harian.


Beliau mengulas mengenai dakwaan Menteri Kewangan di Parlimen baru-baru ini bahawa kerajaan BN merompak hasil RM18 bilion daripada wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Lokman berkata, menteri tersebut tidak ‘pandai’ ekonomi dan menyebabkan menteri itu mengeluarkan kenyataan ‘kurang bijak’ dari semasa ke semasa.


“Lebih teruk lagi katanya apabila menteri itu tidak menyedari kesan beliau memperkenalkan sifar GST sementara pelaksanaan SST.


“Ini juga satu kesilapan yang  tidak sepatutnya berlaku. Beliau (Guan Eng) patut sedar sebulan kita kutip 3.9 bilion hasil GST, ” katanya.


Katanya, kerajaan sepatutnya tangguh GST sehingga benar-benar bersedia laksanakan SST.


“Sifar GST menyebabkan kita kehilangan RM11 bilion tidak sampai seratus hari kerajaan PH memerintah,”ujarnya.


Malah, Lokman berkata kerajaan PH juga gagal memilih keutamaan apa yang perlu didahulukan, dan apa yang perlu dikemudiankan dalam mentadbir kerajaan.


Beliau berkata kerajaan membuat kenyataan negara mengalami masalah kewangan sehingga menubuhkan Tabung Harapan untuk rakyat menyumbang sedangkan pada masa sama mereka menurunkan papan-papan tanda 1Malaysia dengan kos RM18,000 setiap satu.


Menurut beliau, dalam keadaan ini kerajaan sepatutnya mempunyai banyak lebihan tunai lebih-lebih lagi dengan pelbagai langkah penjimatan yang diumumkan termasuk pemansuhan elaun sara hidup kepada nelayan, bantuan kepada peneroka Felda dan pemansuhan banyak agensi.


“Semua tindakan tersebut sepatutnya menyebabkan mereka ada banyak lebihan tunai yang boleh dibelanjakan, tapi persoalannya mana perginya duit-duit ini?,”soalnya yang turut menambah kerajaan tidak sepatutnya berdepan masalah kewangan.


Sehubungan itu beliau mencadangkan Ketua Umum PH melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan.


“Saya cadangkan pemimpin PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan.


Tambahnya sekiranya mereka dibiarkan memerintah negara lebih lama, maka lebih banyak kerosakan dilakukan kepada negara.


“Pimpinan PH perlu bertindak sebelum berlaku kegawatan ekonomi yang akan memberi kesan kepada rakyat dan akhirnya menyebabkan PH ditolak termasuk Anwar Ibrahim,”katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]