LGC tuan rumah terbuka golf amatur Labuan

in Sukan by


LABUAN – Kelab Golf Labuan (LGC) akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan  Terbuka Golf Amatur Labuan 2018 Lelaki ke-27 dan Wanita ke-20 pada hujung minggu ini.


Acara golf tahunan itu yang akan berlangsung dari 24-26 Ogos adalah antara kejohanan golf terbuka yang berprestij LGC.


LGC telah menerima maksimum 112 penyertaan dengan 80 peratus daripadanya terdiri daripada pemain golf dari luar Labuan dan selebihnya pemain golf wanita.


Sambutan yang menggalakkan daripada pemain golf luar Labuan adalah susulan layanan mesra LGC dan kelebihan Labuan sebagai pulau bebas cukai.


Sejumlah besar hadiah menarik juga disediakan bagi kategori ‘Hole-in-One’.


Hadiah-hadiah ‘Hole-in-One’ untuk lubang Par Tiga pada Terbuka Golf ini berupa sebuah Honda Jazz dari Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd, RM25,000 wang tunai dari Kurnia Insurance, dan wang tunai  RM10,000 dari Cahaya Pack.


JH Bersatu Sdn Bhd juga menaja empat biji tayar Dunlop 4×4.


Pemain golf terkemuka Labuan Zariq Encho, yang memenangi Terbuka Sandakan baru-baru ini dan Kevin Pius, penyandang Juara Kelab LGC dan pemain golf Junior Sabah dan pemenang pelbagai Terbuka, Albright Chong dari Kelab Country Golf Sabah (SGCC) akan mempamerkan kehebatan masing-masing sepanjang  acara tiga hari itu.


Presiden LGC, Arthur Kong, yang turut menyambut baik kedatangan para peserta, berkata, kejohanan itu tidak mungkin dapat diadakan tanpa sokongan baik daripda anggota kelab serta komuniti perniagaan tempatan  yang sentiasa terus menyumbang bagi acara tahunan LGC ini. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]