Pengamal media tunai ibadah korban

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Kelab Media Elit Kedah (Kmek) mengadakan program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Bohor, Jalan Hutan Kampung di sini, kelmarin.


Presiden Kmek, Mohd Rafie Azimi berkata, program tahunan ini dihadiri kira-kira 40 pengamal media di negeri ini dan juga penduduk setempat.


Katanya, program itu diadakan bagi memupuk semangat kerjasama di antara wartawan dan penduduk setempat.


“Alhamdulillah, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas sumbangan seekor lembu kepada Kmek.


“Walaupun hari ini hujan lebat tetapi gotong royong melapah dan memotong daging berjalan dengan lancar sekali,” katanya ketika ditemui selepas acara berlangsung.


Mohd Rafie berkata, kerja-kerja penyembelihan lembu bermula pada jam 9.30 pagi selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha.


“Ibadah korban seumpama ini cukup bermakna malah dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli.


“Aktiviti ini sudah menjadi acara wajib kelab sejak beberapa tahun lalu, dan Insya-ALLAH tradisi ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]