PKNP idam tampil kesebelasan terbaik

in Sukan by


PKNP berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada baki aksi saingan peringkat Kumpulan D Piala Malaysia musim ini.


Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, pihaknya mahu baki tiga perlawanan PKNP dapat menurunkan kesebelasan terkuat setelah beraksi tiga perlawanan pusingan pertama dengan kesebelasan pemain gantian.


“Kita sedar kekurangan PKNP khususnya di jentera serangan dan kita terpaksa turunkan juga pemain import yang masih cedera, Karl Max Danny pada perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Pahang di Stadium Batu Kawan, baru-baru ini.


“Ternyata pergerakannya agak terbatas setelah balutan simen akibat masalah kecederaan (retak buku lali), baru dibuka dalam tempoh seminggu,” katanya kepada Sinar Harian.


Untuk rekod PKNP FC kini berada pada kedudukan ketiga carta Kumpulan D dengan tiga mata hasil satu kemenangan menewaskan Selangor diikuti tewas 0-1 kepada Sabah dan terbaharu tewas 0-1 kepada Pahang.


Dalam pada itu, Abu Bakar mahu kesebelasan pemain memberikan fokus sepenuhnya bagi mengharungi baki saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.


“Peluang masih ada untuk PKNP  cara lebih jauh, namun pemain perlu menunjukkan kesungguhan selain sentiasa fokus pada perlawanan yang diharungi,” katanya.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]