Pusat pemindahan banjir di Langkawi ditutup

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Pusat pemindahan banjir di  Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang di Langkawi yang menempatkan 20 mangsa dari enam keluarga ditutup sepenuhnya, pagi tadi.


Pegawai Perhubungan Awam  Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Lt (PA) Muhammad Hilmi Yaakob berkata, pusat pemindahan yang beroperasi semalam itu ditutup  jam 10.30 pagi tadi selepas keadaan di situ mulai pulih.


Semalam, hujan lebat serta angin melanda di kawasan kejadian menyebabkan banjir dengan kedalaman hampir satu meter hingga menyebabkan limpahan air dari Sungai Chenang, Langkawi.


Tiga kampung terjejas ialah Kampung Teluk Yu, Kampung Tanjung dan Kampung Bohor Masjid.


Pada jam 9 pagi semalam, hujan lebat berserta angin melanda kawasan kejadian menyebabkan enam rumah mengalami banjir.


Seramai 33 mangsa terdiri daripada 10 lelaki, lapan perempuan, tiga kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]