
DRB-Hicom Bhd telah memperuntukkan biasiswa RM52 juta kepada 3,000 pelajar Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM (DHU) bagi tiga tahun akan datang, kata Naib Canselor Universiti Prof Datuk Seri Dr Omar Osman.
Peruntukan itu mencerminkan komitmen DRB-Hicom kepada universiti bagi melahirkan pelajar yang mahu berjaya dalam industri automotif.
“Jumlah ini sangat besar. Ini bermakna mereka sanggup melepaskan pendapatan dari bahagian RM52 juta untuk tiga tahun akan datang dan membuktikan Kumpulan DRB amat komited ke atas pembangunan negara dengan menarik bakat yang sesuai untuk memasuki DHU,” katanya.
“Biasiswa itu akan merangsang minat belia melibatkan diri dalam sektor automotif,” katanya.
Beliau mahu menolak tanggapan golongan belia bahawa Sains Kejuruteraan sukar dipelajari. -Bernama
Source: SH Bisnes
[featured-video-plus]