Scott Morisson PM baru Australia

in Global by


CANBERRA – AUSTRALIA. Menteri Perbendaharaan Australia, Scott Morrison dipilih sebagai Perdana Menteri baharu negara itu selepas Malcolm Turnbull dipaksa mengosongkan jawatannya.


Undian oleh anggota Parti Liberal hari ini, menyaksikan Morisson muncul pemenang dalam saingan tiga penjuru parti itu, yang turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton dan Menteri Luar, Julie Bishop


Turnbull yang tidak bertanding, berhadapan tekanan dari parti beliau sendiri, ekoran kejatuhan undi yang mendadak dalam pilihan raya sebelum ini.


Sejak dilantik menjadi perdana menteri Australia pada 15 September 2015, beliau sering dikritik bukan sahaja pihak lawan malah dari anggota partinya sendiri yang


tidak yakin Turnbull mampu mengemudi parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.


Terdapat juga pemberontakan oleh ahli parlimen konservatif di Parlimen yang turut menyumbang kepada penyingkiran Turnbull dari jawatan politik tertinggi itu.


Morrison menjadi pilihan Parti Liberal sehingga pilihan raya Australia, yang dijangka akan berlangsung awal tahun hadapan. – Agensi.


Source: SH Global

[featured-video-plus]