Sekolah di Indonesia tutup akibat jerebu

in Global by


PONTIANAK – INDONESIA. Kualiti udara di Pontianak, Indonesia, dilaporkan semakin buruk akibat kebakaran hutan, ladang dan tanah gambut sejak sebulan lalu, memaksa kerajaan menutup sekolah.


Sekolah menengah kembali dibuka selepas ditutup sejak Isnin lalu, namun jumlah pelajar yang ke sekolah hanya 30 peratus kerana jerebu masih tebal.


Sementara itu, sekolah rendah dan tadika masih ditutup sehingga Isnin depan.


Portal berita Kompas melaporkan, pihak sekolah menunggu keputusan jabatan pendidikan sama ada sekolah menengah akan terus dibuka atau kembali ditutup.


Media Indonesia, melaporkan sehingga kini dua maut akibat kebakaran hutan di mana kedua-dua mangsa mati terbakar di ladang masing-masing.


Mangsa terbaru lelaki berusia 69 tahun yang mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di ladangnya di Ketungau Tenga, Isnin lalu.


Menurut Kompas, jarak penglihatan di bandar Pontianak hanya sekitar 200 hingga 300 meter dengan ramai penduduk memakai topeng penutup hidung.


Sementara itu, jumlah titik panas yang dikesan ialah 331, menurun berbanding hampir 1,100 yang dikesan pada 16 Ogos lalu.


Jerebu turut menjejaskan aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio dengan beberapa penerbangan terpaksa ditunda. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]