Siling tol Bukit Raja Klang runtuh

in Nasional by


KLANG – Siling Tol Bukit Raja Klang dilaporkan runtuh akibat ribut sebentar tadi.


Difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.  


Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan memaklumkan bahagian siling plaza tol tersebut runtuh disebabkan angin kuat di sekitar kawasan berkenaan


Begitupun, dia tidak pasti samada terdapat mangsa terlibat kerana dikatakan terdapat dua buah kereta terhimpap di bawah runtuhan siling itu.


“Ada yang kata ada kereta terperangkap di bawah runtuhan siling itu tapi saya tidak nampak dengan jelas semasa berada di situ, jadi tidak pasti samada ia benar atau tidak.


“Yang pasti, runtuhan disebabkan angin kuat. Sepanjang saya menggunakan laluan di sini, ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.


“Saya doakan agar tiada mangsa terlibat dan kerosakan di plaza tol ini dapat dibaiki segera kerana laluan ini agak sibuk,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]