Taufan Cimaron badai Jepun

in Global by


TOKYO – JEPUN. Taufan Cimaron membadai barat Jepun hari ini, membawa hujan lebat sebelum beralih menyerang pulau utara, Hokkaido.


Jabatan Meteorologi Jepun berkata, pusat Taufan Cimaron dianggarkan sejauh 210 kilometer di barat laut bandar Wajima di daerah Ishikawa jam 9 pagi waktu tempatan dan kini menuju ke utara.


Penyiar awam, NHK berkata, tiga pelajar kolej dikhuatiri dihanyutkan ombak besar dari sebuah pantai di Shizuoka, dengan sandal, beg galas, telefon pintar dan dompet ditemui di pantai itu.


Arahan pemindahan dikeluarkan di kawasan termasuk daerah Wakayama, Hyogo dan Osaka, sementara perkhidmatan kereta api dan pesawat terganggu.


Di kebanyakan kawasan di barat Jepun kira-kira 45,000 isi rumah terputus bekalan elektrik. -Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]