AS potong dana kepada rakyat Palestin

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengurangkan lebih RM818 juta bantuan ekonomi kepada rakyat Palestin, langkah susulan selepas memotong lebih separuh dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA).


Pegawai kanan AS semalam berkata, Presiden Donald Trump mengarahkan Jabatan Negara memindahkan pembiayaan kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk beberapa projek utama lain yang tidak dinyatakan tempatnya.


Beliau mendakwa, keputusan Trump itu dibuat selepas mengambil kira cabaran yang dihadapi masyarakat antarabangsa dalam memberi bantuan kepada Gaza, yang dikawal pejuang Hamas.


Keputusan Washington mengurangkan bantuan kepada Palestin dibuat di tengah krisis kemanusiaan serius di Semenanjung Gaza, berikutan protes besar-besaran yang diadakan sejak 30 Mac lalu. – Agensi

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]