Britain sukar import sperma

in Global by


LONDON – ENGLAND. Pasangan suami isteri Britain yang cuba hamil menerusi kaedah permanian beradas berhadapan ketidaktentuan jika ia meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian kerana sperma tidak lagi diimport dari negara blok itu menurut undang-undang sedia ada.


Nasihat kerajaan yang disiarkan semalam menyatakan Britain mengimport kira-kira 3,000 contoh sperma dari bank sperma komersial di Denmark tahun lalu, selain 4,000 contoh dari Amerika Syarikat.


Sumbangan sperma di Britain menurun mendadak sejak penderma hilang hak untuk kekal tidak dikenali menurut undang-undang yang berkuat kuasa pada 2005.


Jika rundingan Brexit gagal, kerajaan berkata undang-undang yang kini memantau import sperma, tidak lagi terpakai di Britain.


Bank kesuburan memerlukan perjanjian bertulis baharu dengan pertubuhan EU yang berkaitan, kata kenyataan kerajaan, menambah tindakan itu ‘sebahagian besarnya menjadi beban minimum kepada industri’. — AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]