Dah masuk lubang kubur pun kena bayar GST ke?

in Nasional by


AUTA


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa kerajaan akan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap keranda dan makanan bayi.


Katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini pernah mengkritik cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan cukai yang dikenakan sehingga ke lubang kubur.


“Jangan beritahu saya ia tidak sama,” katanya dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, malam kelmarin.


FAKTA


Menjawab kepada dakwaan tersebut, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keranda yang diperbuat daripada kayu dan makanan bayi dikecualikan SST.


“Kastam telah memuat naik cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan yang dikemaskini pada 21 Ogos lalu dan daripada barangan tersebut kedua-dua barangan yang dinyatakan itu dikecualikan cukai jualan.


“Dengan penjelasan ini, kami berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat serta pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]