DAP hilang 'taring' tak lagi membangkang?

in Politik by


SHAH ALAM – DAP seakan sudah kehilangan ‘taring’ apabila tidak lagi membangkang sebaliknya banyak bersetuju dengan tindakan dan keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon berkata, sikap DAP yang berdiam diri terhadap cadangan penganjuran Kongres Bumiputera dan projek kereta nasional kedua membuktikan parti tersebut menggadaikan prinsip mereka selama ini.


Menurutnya, beliau hairan apabila calon DAP di PRK Balakong, Wong Siew Ki mengatakan wujudnya persefahaman antara parti komponen Pakatan Harapan malah menasihatkan MCA tidak perlu ‘semak dan imbang’ keputusan kerajaan.


“Wong Siew Ki menegaskan wujudnya persefahaman dalam kepimpinan Harapan tapi mana suara mereka bila Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali katakan Kongres Bumiputera akan diadakan?


[ARTIKEL BERKAITAN: Kogres masa depan bumiputera akan diadakan pada masa terdekat]


[ARTIKEL BERKAITAN: Gabem sambut baik cadangan Azmin]


“Malah, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sangat menyokong kongres tersebut dan lupa DAP sebelum ini pernah menganjurkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya memetik satu kenyataan media, hari ini.


Tambah Kim Soon, beliau juga hairan apabila pimpinan DAP tidak langsung membantah pelaksanaan projek kereta nasional kedua sedangkan mereka mengkritik Dr Mahathir menggunakan ‘wang rakyat’ ketika mahu menyelamatkan Proton tidak lama dahulu.


Tegasnya, tiada pemimpin DAP membantah keputusan tersebut sebaliknya mereka menyokongnya meskipun terdapat tentangan hebat daripada rakyat Malaysia.


“Daripada dua perkara itu, kita boleh lihat DAP mengabaikan prinsip mereka dan berterusan menyokong keputusan Dr Mahathir. Inikah perseefahaman dimaksudkan Wong Siew Ki?


[ARTIKEL BERKAITAN: Projek kereta ketiga negara tak guna duit rakyat]


“Saya ingin tegaskan, proses semak dan imbang adalah tanggungjawab semua. Sebagai parti pemerintah, DAP tidak perlu takut apabila rakyat menyemak dan imbang keputusan kerajaan,” ujarnya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]