Hampir 200 rakyat Palestin cedera

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Sekurang-kurangnya 190 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera rejim Zionis semasa protes besar-besaran berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel.


Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 189 penunjuk perasaan Palestin mengalami kecederaan, 50 daripadanya terkena peluru hidup dilepaskan penembak tepat Israel.


Tunjuk perasaan itu disertai kira-kira 5,000 rakyat Palestin selepas solat Jumaat, semalam.


Kementerian itu menambah, bahawa 116 orang yang cedera dirawat di lokasi protes oleh medik dan 73 yang lain dibawa ke hospital-hospital di seluruh Semenanjung Gaza.


Sementara itu, dua rakyat Palestin kritikal, manakala sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dan dua wanita antara mangsa yang cedera.


Ketegangan memuncak berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel sejak 30 Mac, yang menandakan permulaan siri protes yang digelar ‘The Great March of Return.’


Penunjuk perasaan Palestin menuntut hak untuk kembali ke kampung halaman mereka selepas diusir puluhan tahun lalu.


Difahamkan, tentera Israel telah menembak mati 170 rakyat Palestin sejak protes berkenaan bermula empat bulan lalu.


Hampir 15,000 warga Palestin juga mengalami kecederaan, di mana sekurang-kurangnya 360 orang dilaporkan dalam keadaan kritikal. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]