‘Ini bukan Bunkface, Caprice tu menyemak’

in Hiburan by
Bunkface dan Caprice

‘Ini bukan Bunkface, Caprice tu menyemak’


PENYANYI rap, Caprice dikecam teruk oleh netizen apabila kumpulan Indie popular, iaitu Bunkface menampilkannya dalam single terbaharu mereka bertajuk, Apa Pun Tak Boleh.


Netizen juga menyifatkan Bunkface sudah berubah dan sudah tiada penyanyi lain untuk bekerjasama dalam menghasilkan lagu terbaharu.


“Tolong buat satu lagi versi tanpa Caprice, tak kena genre,” tulis salah seorang pengguna YouTube.


“Ini bukan Bunkface, Caprice tu menyemak,” komen netizen.


“Bukan haters Caprice, tapi part rap dia sumpah sampah,” kata netizen.


“Zaman dah berubah aku boleh terima. Tapi bila Bunkface berubah sumpah aku tak boleh terima. Dari zaman budak-budak aku sokong, namun sekarang dah makin pelik di dengar. Paling pelik bila Bunkface boleh feat dengan Caprice? Apa benda ni wei,” tulis seorang lagi netizen.


Walau bagaimanapun, menurut Bunkface mereka hanya mahu menunjukkan bahawa tiga generasi juga boleh menyanyi dalam sebuah lagu.


“Mungkin ramai yang beranggapan Bunkface sudah berubah tetapi sebenarnya kami mahu tunjukkan Bunkface boleh bergabung dengan tiga generasi.


“Pertamanya, Datuk Jeffrydin selaku penyanyi otai (veteran). Keduanya, kami sendiri mewakili zaman pertengahan. Ketiga, kami tampilkan Caprice yang mana kami rasakan sesuai untuk zaman hari ini


“Justeru, bergelar penyanyi dan pemuzik ini kami juga suka eksperimen lagu-lagu dan rentak yang belum pernah kami bawa,” ujar Bunkface.


Selain Caprice, Bunkface menampilkan Datuk Jeffrydin dan lagu baharu terbaharu tersebut telah dikeluarkan pada 9 Mei lalu.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]