IPU di Semenanjung pada paras sederhana

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Semua negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak terus mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sederhana, hari ini.


Menurut bacaan terkini IPU dalam laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga pukul 3.00 petang tadi, semua kawasan terbabit mencatat bacaan IPU sederhana antara 53 dan 81.


Beberapa kawasan di Melaka mencatat bacaan melebihi 70, iaitu Alor Gajah (72), Bukit Rambai (72), dan Bandaraya Melaka (76), manakala di Sarawak, daerah Kuching mencatat bacaan tertinggi iaitu 81 diikuti Samarahan (73).


Sejak awal Ogos, kualiti udara negara berada di paras sederhana, namun pada 16 Ogos lepas, enam  kawasan di utara Semenanjung dan Mukah,Sarawak mencatat IPU tidak sihat dengan Kangar (Perlis)  merekodkan bacaan tertinggi iaitu 151.


Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]