Keunikan tudung Turki

in Bisnes by


TUDUNG Turki Collection, pengimport produk tudung Turki dan aksesori, optimis mengunjurkan jualan sehingga dua kali ganda pada tahun ini ke atas barangan importnya, melihat kepada permintaan tinggi dalam kalangan penggemar barangan Turki di pasaran.


Pengusahanya, Nurazlyna Abdul Rashid berkata, tahun sebelumnya jualan tudung Turki dan aksesori yang dicatatkan mencecah angka RM100,000.


“Melihat kepada sambutan memberangsangkan ini, kami menyasarkan sasaran jualan pada tahun ini boleh capai dua kali ganda berbanding jualan tahun sebelumnya,” katanya.


Beliau yang sudah mengimport produk tudung Turki dan aksesori sejak 2014 ini berkata, pada peringkat awal, setiap barangan yang diimport melibatkan berat sebanyak 20kg namun kini telah mencecah sehingga 140kg.


“Peningkatan ini berikutan permintaan diterima. Namun, dari segi pemilihan produk tudung Tukri berserta aksesori, saya amat mementingkan kualiti, malah jumlah barangan yang diimport pada setiap bulan pun adalah terhad dan eksklusif.  


“Aspek terhad dan eksklusif inilah yang memberi nilai tambah kepada pemasaran Tudung Turki Collection (TTC) di mana TTC boleh dikatakan sebagai pelopor dalam membawa barangan dari negara Turki ke sini,” katanya.


Tambahnya, setiap kali barangan import sama ada tudung ataupun aksesori dari Turki, pihaknya akan melihat kepada trend masa kini.


“Saya kena melihat apa yang rakyat di sini suka. Jika pada 2016, tudung satin dari negara Turki menjadi kegilaan ramai, pada tahun ini ia beralih pula kepada turban shawl. Daripada strategi melihat kepada permintaan pasaran terkini itulah yang akan membolehkan TTC mengukuhkan jualan.


“Di samping itu, harga berpatutan diberikan stokis juga menyumbang kepada strategi TTC dalam melahirkan ramai agen dropship yang kini mempunyai hampir 300 orang keseluruhannya,” katanya dengan dibantu oleh 20 stokis yang aktif.


Beliau memberitahu lanjut, kini dalam perancangan melahirkan seramai mungkin pengedar dan penjual barangan Turki di Malaysia melalui syarikatnya.


“Disebabkan saya mempunyai pengalaman dan tahu selok-belok produk dari Turki jadi saya ingin kongsi pengalaman itu dengan pihak lain selain membolehkan mereka menjana pendapatan lumayan sementara permintaan masih tinggi.


“Dalam masa sama, saya juga menyasarkan untuk menambah stokis sehingga 100 orang pada tahun ini,” katanya.


Pembeli atas talian kini boleh dapatkan produk beliau melalui mybazaar atau boleh gunakan #ttcmembers untuk carian di Instagram dan Facebook.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]