Lapan cedera dalam nahas babit lima kenderaan

in Edisi Johor by


MERSING – Lapan mangsa cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM 19 Jalan Endau-Mersing, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu melibatkan Perodua Alza, Naza Citra, Perodua Kancil, lori dan Toyota Camry.


“Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke arah Mersing hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Ia menyebabkan kenderaan itu berlanggar dengan Naza Citra di bahagian pintu hadapan dan belakang kanan Naza Citra tersebut.


“Pada masa sama Perodua Kancil di belakang Naza Citra turut dilanggar Perodua Alza pada bahagian hadapan sebelah kanan. Akibat perlanggaran tersebut, Perodua Kancil telah berpusing dah berlanggar dengan Toyota Camry yang berada di belakang,” katanya dalam satu kenyataan.


Cyril berkata, selepas itu Perodua Alza berpusing masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan sebuah lori ikan.


Katanya, dua kenderaan lain yang datang dari arah Endau ke Mersing iaitu Proton Saga dan Proton Satria cuba mengelak apabila melihat kemalangan berlaku dan terbabas di kiri bahu jalan menuju ke arah Mersing.


“Kedua-dua kenderaan berkenaan tidak berlanggar antara satu sama lain dan tidak melanggar lima lagi kenderaan yang terlibat kemalangan.


“Tiga dari enam mangsa yang menaiki Perodua Alza, pemandu Naza Citra, pemandu dan tiga penumpang Perodua Kancil cedera dalam kemalangan ini,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]