'Lelaki ini bekerja umur 92', nak MC, berapa umur anda?'

in Nasional by


SHAH ALAM – Faktor usia bukan penghalang bagi individu melakukan sesuatu tugasan andai dikurniakan kesihatan yang baik seperti mana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pada usianya 92 tahun (ketika itu), beliau masih mampu memikul tanggungjawab yang cukup berat menerajui negara buat kali kedua sekaligus mencipta sejarahnya tersendiri.


Sejarahnya, Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.


2018, sekali lagi beliau diangkat menjadi perdana menteri selepas partinya memenangi PRU14 lalu.


Rentetan itu, tular di laman media sosial Facebook sekeping poster memaparkan wajah beliau di sebuah klinik tidak diketahui lokasinya.


Paparan poster itu membawa mesej sindiran iaitu ‘Lelaki ini masih bekerja pada umur 92 tahun. Nak MC kerja?. Berapa umur anda?.


Secara berseloroh, netizen menyatakan ‘pergi klinik hendak mintak MC, sekali nampak poster ini…’.


Justeru, bagi individu yang berniat mahu mengambil MC sekadar alasan tidak mahu bekerja, sila lihat poster tersebut, adakah anda layak?.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]