'Masih tukang cuci bukan MB'

in Uncategorized by


TAPAH – “Saya bukan menteri besar, masih lagi tukang cuci, saya nak cuci mana yang kotor.


Itu ucapan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika berucap di hadapan lebih 100 tetamu pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Adun Chenderiang, di sini, hari ini mengenai perkembangan proses peralihan kuasa daripada kerajaan terdahulu.


Menurut Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang, kebanyakkan masanya dihabiskan di pejabat bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dapat dibersihkan dari kotoran ditinggalkan BN.


“Beralih kuasa dari BN kepada Harapan banyak benda saya kena buat, mana kotor nak bersihkan mana tak baik nak elokkan.


“Sebab itu saya sibuk, banyak di pejabat kerana saya tidak penah menjadi menteri besar dan wakil rakyat jadi banyak yang saya perlu belajar,” katanya.


Ahmad Faizal berkata, sebagai menteri besar segala keputusan yang ingin dibuatnya perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati supaya tidak salah dan menjadi perhatian rakyat.


“Saya orang baru kerja pelan-pelan walaupun banyak perkara kita sudah lakukan selepas 100 hari berjaya dicapai dan saya ingin memberi tumpuan kepada aktiviti luar di 59 Dun di Perak pula selepas ini.


“Apa yang penting kita elokkan negeri kita, cantikkan negara kita dan selepas itu limpahan akan masuk ke kawasan kita,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]